AJK KrtJM Semua penduduk yang tinggal di kawasan Jalan Meranti tidak kira bangsa dan ugama layak untuk mencalonkan diri untuk menjadi
AJK KrtJM. Walaubagaimana pun, kerana jawatan yang terhad perlantikan akan dibuat atas dasar pemilihan oleh ahli lama dan persetujuan dari JPN. Mereka yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa diberi mandat
untuk memenuhi beberapa tugas agar matlamat rukun tetangga dapat dicapai. Setakat ini jumlah AJK adalah 24. Dalam urusan rukun tetangga di Kawasan Jalan Meranti,
lima orang AJK telah dilantik sebagai AJK Utama dan ditugaskan untuk mentadbir KrtJM. Mereka terdiri
dari Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Timbalan Pengerusi dan Timbalan Setiausaha. Pemilihan semula dibuat setiap 2 tahun. Untuk kelicinan tugas, beberapa biro telah ditubuh dan diletak bawah pengawasan Ketua Biro dan timbalan nya. Disamping itu KrtJM menjadi penaung kepada
Jiran Wanita
yang mewakili semua kaum wanita di Jalan Meranti. Sebuah biro yang khas telah ditubuhkan dan ketua Jiran Wanita adalah juga Ketua Biro dalam KrtJM dan diberi mandat untuk mentadbir semua program yang dianjurkan oleh kaum wanita. |