Jiran Wanita Jalan Meranti (JwJM)
Jiran Wanita Jalan Meranti [JwJM] adalah bertanggung jawab kepada AJK Utama dan bertindak sebagai sebuah Biro
dalam KrtJM yang menjaga hal-ehwal wanita di kawasan Jalan Meranti.JwJM telah aktif sejak tahun 1995 di bawah
pengasas nya Puan Rosinah bt Abu Bakar. Pada tahun 1996, kepimpinan JwJM telah diserahkan kepada Puan Maimunah bt Abd Rahman. Ahli JwJM terdiri dari semua kaum wanita yang tinggal di kawasan Jalan Meranti
tidak mengira bangsa dan ugama. Matlamat JwJM
- Memupuk semangat kejiranan, muhibah yang padu di kalangan kaum wanita yang tinggal di kawasan Jalan Meranti melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
- Menjalankan program berbentuk kemahiran yang dapat membantu kaum wanita dalam mengatasi masalah semasa.
- Menjalankan program yang berteraskan pengetahuan supaya dapat meningkatkan minda dan seterusnya mempertingkatkan martabat kaum wanita.
|