Picture

Agenda

[__AJK__]
[   AJK Induk]
[   Ketua biro]
[Jiran Wanita]
[Misi KrtJM]
[HomePage] [Organisasi] [Aktiviti]
Organisasi KrtJM

`` Saya mengharapkan agar masyarakat di kawasan Jalan Meranti dapat menjadi satu masyarakat yang prihatin terhadap perkara-perkara yang berlaku di kawasan ini terutamanya terhadap jiran terdekat tanpa mengira bangsa atau ugama. Usaha sebegini akan memungkinkan kita untuk membina satu masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmoni dan aman.``
-     Pengerusi KrtJM

Itu lah Misi KrtJM.

KrtJM

Kawasan Rukun Tetangga Jalan Meranti [KrtJM] telah di tubuhkan pada tahun 1994 dan diterajui oleh pengasasnya iaitu Dr Ismail Hj Bakar. Pada akhir tahun 1997, beliau telah digantikan oleh En Othman Ayub.

Kawasan Jalan Meranti yang  terletak di bahagian selatan Taman Sri Pulai menempatkan lebih 500 buah rumah kediaman. Ahli KrtJM  terdiri dari semua penduduk yang tinggal di kawasan Jalan Meranti tidak kira bangsa dan ugama. Walaubagaimana pun, 24 ahli telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa untuk memenuhi beberapa tugas agar matlamat rukun tetangga dapat dicapai.

Kedudukan KrtJM dalam JPN

KrtJM berada dalam kawasan rukun tetangga daerah Johor Bahru. Jabatan Perpaduan Negara JPN yang terletak di Tingkat 8, Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru adalah bertanggung jawab terhadap segala urusan Rukun Tetangga. Untuk memudahkan pentadbiran, setiap bahagian negeri dipecahkan mengikut zon dan seorang Penolong Pegawai Perpaduan dilantik sebagai penyelaras. Penolong Pegawai Perpaduan untuk zon daerah Johor Bahru ialah En Rozaidi bin Ikhwan. Dengan perlantikan ini, semua kegiatan yang dilaksanakan oleh KrtJM perlu dilapurkan kepada beliau.

[HomePage] [Organisasi] [Aktiviti]

Jika ada cadangan atau soalan berkenaan laman-web ini atau aktiviti KrtJM, sila hubungi Webmaster.